AIN ingin bahagia seperti gadis lain. Kehilangan ibu pada usia yang terlalu mentah, berpisah dengan satu-satunya abang yang dimiliki dan membesar bersama keluarga tiri, memberi banyak cabaran kepadanya. Apatah lagi ayah sendiri bagaikan memusuhi dirinya kerana dialah punca isteri tercinta meninggal dunia. Lebih malang, apabila dia diusir dari rumah. Membawa diri ke ibu kota adalah jalan sebaik-baiknya. Satu demi satu halangan ditempuhinya dengan hati yang cekal. Di situlah dia belajar erti hidup daripada Fadilah dan Fariz. Ternyata di tempat orang, dia harus berusaha. Bertemu jodoh dengan sepupu sendiri menggamit kemanisan yang diharapkan. Namun, mendung muncul tanpa diduga. Tiba-tiba sahaja Zafran bukan lagi seorang suami yang penyayang. Darlina, bekas teman wanitanya datang mengganggu.
Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya. Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.
HARIZ, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di...
This will help us customize your experience to showcase the most relevant content to your age group
Please select from below
Login
Not registered?
Sign up
Already registered?
Success – Your message will goes here
We'd love to hear from you!
Thank you for visiting our website. Would you like to provide feedback on how we could improve your experience?
This site does not use any third party cookies with one exception — it uses cookies from Google to deliver its services and to analyze traffic.Learn More.