Aidan dan Ariana... pemuda desa dan puteri raja. Dipertemukan menerusi mimpi aneh yang datang saban malam. Mereka berkasih walaupun tidak pernah bersua muka. Demi rindu, mereka harus berjumpa di alam nyata walau berapa pun harga yang harus dibayar. Tanpa disedari, mereka memiliki keistimewaan yang tidak pernah wujud di dunia itu. Kelebihan yang akan menentukan masa depan dunia. Sesuatu yang sangat dikehendaki oleh kuasa kebaikan juga kejahatan pada zaman itu. Bermulalah dua pengembaraan yang jauh berbeza dan sangat mencabar. Kasih sayang, persahabatan dan percintaan; segala-galanya dipertaruhkan. Namun matlamatnya cuma satu. Untuk memenuhi firasat mimpi yang datang kepada mereka. Setiap langkah menjadikan mereka lebih dewasa dan mula menerima takdir yang bakal menunggu. Sejauh manakah mereka sanggup menghadapinya?
AFIQ membelek-belek kesan parut pada lengan kirinya. Suasana hingar bingar di dalam kelasnya tidak dihiraukan. Sejak kebelakangan ini, guru-guru jarang masuk ke kelas. Peperiksaan akhir tahun baru sahaja berakhir minggu lepas. Kini mereka sibuk dengan persiapan untuk mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan dalam masa dua minggu lagi. Oleh kerana begitu asyik mengelamun, dia langsung tidak menyedari bunyi bising tadi telah berhenti sepenuhnya dan rakan-rakan sekelasnya semua sedang berdiri.
This will help us customize your experience to showcase the most relevant content to your age group
Please select from below
Login
Not registered?
Sign up
Already registered?
Success – Your message will goes here
We'd love to hear from you!
Thank you for visiting our website. Would you like to provide feedback on how we could improve your experience?
This site does not use any third party cookies with one exception — it uses cookies from Google to deliver its services and to analyze traffic.Learn More.